Thursday, July 5, 2018

Menu Hari Ini: Donut Berinti Coklat/ Keju

Hello korang!~~~

DONUT BERINTI COKLAT/ KEJU


Wah wah wah! Bukan makin rancak hari ni Aju. HahaXD Pagi tadi buat Ikan Kembung Sambal Merah. Petang tadi pula buat DONUT BERINTI COKLAT @ KEJU.

Meh saksikan bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN:

1. Tepung gandum - 4 Cawan
2. Susu pekat - 3 Sudu besar
3. Butter - 3 Sudu besar
4. Yis 1 paket dibancuh dengan air suam. (1/2 cawan tepung tadi)
5. Air suam - 1 cawan dicampur dengan garam secubit.
6. Gula Aising

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk besar. Masukkan susu pekat dan butter. Kemudia, digaulkan sehingga sebati. *Tak mau ada ketul-ketul ye*

2. Masukkan bancuhan yis berair suam tu ke dalam mangkuk tersebut dan digaulkan. Kemudian, masukkan air suam campuran garam sedikit demi sedikit sambil menggaul sehinggan menampakkan doh. *Tak mau terlalu lembut dan terlalu keras doh-nya* (Tip: Gaul sampai tiada lekatan pada keliling mangkuk tersebut.)

3. Biarkan doh tersebut dengan kain basah selama 20 minit. Biarkan doh menggembang.

4. Doh tersebut mesti ditumbuk bagi membuang angin doh. Kemudian, anda boleh buat bentuk bulatan. Saiznya tidak kisah asalkan boleh masukkan intinya.

5. Buat bulatan kecil dengan menekan ditengah doh kecilan anda bagi meletakkan intinya. Kemudian, anda buat bulatan sehingga menutupi lubang tersebut.

6. Biarkan selama 5-10 minit. Kemudia boleh sediakan minyak panas yang banyak. Pastikan minyak tersebut betul-betul panas. Masukkan doh-doh tersebut perlahan-lahan dan kurangkan api kepada sederhana besar.

7. Pastikan doh-doh tersebut berwarna perang-perangan. Jangan terlalu perang. Rasa hangit nanti.

8. Keluarkan doh-doh itu dan digaulkan bersama gula Aising. Siap! Boleh dimakan.

(Aju dapat buat 18 biji donut yang besar) HohohoXD

*Jika nak jadikan fozen, goreng doh-doh itu sekejap sahaja. hanya mematikan tepung sahaja. Jangan nampak perang. Boleh nampak putih tepungnya lagi.*


SELAMAT MENCUBA

Wednesday, July 4, 2018

Menu Hari Ni: Ikan Kembung Masak Sambal Merah

Hello korang!~~~

IKAN KEMBUNG MASAK SAMBAL MERAH



Hari ni Aju dah cuba masak Ikan Kembung Masak Sambal Merah. Haa..Senang je buatnya. 
Mari kita lihat bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN:

1. Ikan kembung - 4 ekor (digoreng) - garam + kunyit.

2. Cili giling - 2-3 sudu besar / Cili kering - 50 batang (Dikisar).

3. Bawang merah - 3-4 biji (Dikisar) , Bawang besar - 1 biji (Dihiris bulat) *Boleh tukar Bawang Hollad*

4. Bawang putih - 4 ulas

5. Minyak masak - 2 cawan (goreng ikan dan untuk tumis sambal).

6. Asam jawa - 1 sudu besar (jadikan air asam jawa) *Jika nak letak* -penambah rasa sambal-

7. Kicap manis - 1-2 sudu besar.*Jika nak letak* -Nampak gelap2 gitu-

8. Garam sedikit,  Ajinamoto (1/4 sudu kecil), Gula (1/2 - 1 sudu besar), Maggi Secukup Rasa (1/4 sudu besar)_kalau nak letak Maggi Secukup Rasa_

9. Air masak - 1 cawan

Seterusnya...apa lagi. Masak la kita ni haaa.

CARA MEMASAK:

1. Masukkan minyak masak dan goreng ikan dulu. Selepas goreng, masukkan ikan-ikan tu ke dalam pinggan. Biarkan minyak masak tu untuk tumis sambal.

2. Cili kering bersama bawang merah (3-4 biji), bawang putih (4 ulas) mesti kisar bersama. Jika gunakan cili giling, hanya perlu kisar bawang-bawang sahaja. Masuk ke dalam mangkuk.

3. Panaskan kuali dan nampak minyak agak panas boleh masukkan bahan-bahan dikisar tersebut ke dalam kuali. Letakkan asam jawa dan kicap. Kacau dulu. Nampak rata baru letak sedikit air (1/2 cawan). Biarkan sambal tu nampak agak kering.(bawah api sederhana besar)

4. Masukkan sedikit air lagi dan masukkan garam, gula, Ajinamoto dan Maggi secukup Rasa*. Gaul dulu dan biarkan sambal tu sehingga nampak kering. (10-15 mins bawah api kecil). Jangan lupa letak bawang yang dipotong hiris bulat ke dalam sambal tu.

5. Selepas siap sambal, tuangkan sambal2 itu ke atas ikan-ikan yang telah digoreng sebelum itu. Siap!

*Kalau nampak minyak terapung atas sambal tu, terpulang kepada anda untuk biarkan atau buangkan sedikit. Kalau Aju, akan buang minyak tu. HeheXD* 

Peace yo!~

SELAMAT MENCUBA

Menu Hari Ni: Kuih Gunting Sira Gula

Helo korang!~~~

Hari ni adik Aju, Hayato, buat kuih sira hari ni. Menjadi buat kali pertama. Alhamdulillah~~
Moh la kita cuba ye.

KUIH GUNTING SIRA GULA

1. 

2. 

3. 

4. 


BAHAN-BAHAN:

1. Tepung gandum (2 cawan)
2. Minyak masak (2 sudu besar)
3. Garam 1 sudu kecil dicampur dengan air (satu cawan)
4. Gula Aising

CARA MEMBUAT:

1. Letakkan tepung gandum dan minyak masak ke dalam mangkuk. Gaul sampai rata.

2. Tuangkan air garam ke dalam mangkuk dan tambah sedikir air jika perlu untuk tepung tu menjadi Doh. *jangan terlebih air* *jangan kurang air*

3. Selepas buat satu doh yang besar, jadikan doh yang kecil-kecil untuk mudah diuli menggunakan penguli. Uli kesemuanya.

4. Selepas itu, potong dalam anggaran lebar 1-2cm. Panjang lebih kurang 7-8 cm paling panjang.

5. Habis potong kesemuanya, boleh goreng dalam kuali dengan api sederhana. *Pastikan minyak betul-betul panas*

6. Goreng nampak warna keperangan sedikit, terus angkat masuk ke dalam bekas.

7. Selepas goreng kesemuanya, boleh gaul dengan gula Aising sehingga nampak rata. Siap!

*Ni boleh makan sorang je. Nampak banyak tapi tak sebenarnya. Menyedapkan sira ni bila tambah gula aising. Nyum nyummmmm!~~~~*

SELAMAT MENCUBA


Menu Hari Ini: Sambal Parut Kelapa

Hello korang!~~~

Haa..hari tu Aju ada kata nak kongsikan Sambal Parut Kelapa, kan. Jadi, Aju bagitahu apa bahan-bahannya.

SAMBAL PARUT KELAPA

1.

2. 
3. 

4. 



BAHAN-BAHAN:

1. Parut Kelapa Putih - 1 kelapa (Aju beli kat pasar je)
2. Cili Padi Merah - 10 batang
3. Ikan Masin - 1 paket / 7-8 ekor (selalu beli yang dalam paket. Senang)
4. Garam

CARA MEMASAK:

1. Goreng ikan masin sampai masak. Keluarkan dari kuali.

2. Cili padi merah dan ikan masin yang dah digoreng mesti ditumbuk gunakan batu lesung. (kalau takde batu lesung, boleh guna blander). Tumbuk sampai lumat.

3. Masukkan parut kelapa putih ke dalam mangkuk dan digalukan bersama bahan yang ditumbuk tadi. Gaul sampai nampak-nampak rata.

4. Masukkan parut kelapa putih yang digaul tadi ke dalam batu lesung untuk ditumbuk supaya lebih rata.

5. Sediakan dalam mangkuk. Letak garam ssedikit dan gaul sehingga rata. Siap!

*Pastikan mangkuk dan sudu yang digunakan mesti kering untuk mengelakan makanan basi akan datang. In shaa Allah* *Boleh simpan dalam peti ais*

Mudah bukan? Alhamdulillah. Atas ajaran Ayah Aju ni. So...

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, July 3, 2018

Menu Hari Ini: Ikan Singgang


Hello korang!~

Hari ni Aju dah masak lauk Ikan Singgang Putih jer~ Putih tu maksudnya takde kunyit. Takde la warna kuning.

IKAN SINGGANG


Meh Aju kongsi menu simple ni dengan korang.

BAHAN-BAHAN:

1. Ikan kembung (3-4 ekor) -MASUK DALAM LAUK atau Ikan kembung (6 ekor - Digoreng) 
   *Ikut berapa orang dalam rumah. Ikan goreng ni untuk tambahan dan sangat sedap bagi Aju.


2. Bawang merah (1-2 biji) , Bawang Hollad (1 biji) & Bawang putih (2-3 ulas) - DIHIRIS







3. Halia (Sebesar ibu jari) & Lengkuas (2-3 inci) - DIHIRIS

                                          

4. Serai (1 btg) - DIKETUK & Asam keping (4-5 keping)

5. Ajinamoto (1/2 sudu besar) & Garam secukup rasa.



6. Air kosong (5-6 cawan penuh)



Wah! Sekali gambar besar-besar ye. HahaXD. Sekarang, cara memasaknya. :D

*Sebelum itu, boleh goreng ikan goreng jika mahu. Untuk tambahan kan. heheXD

CARA MEMASAK IKAN SINGGANG:

1. Sediakan bahan-bahan seperti di atas.

2. Sediakan periuk sederhana besar dan hidupkan api. 

3. Masukkan bahan-bahan dihiris dan diketuk ke dalam periuk. Kacau sampai naik bau. Kemudian, masukkan air. Masukkan asam keping.

4.  Tunggu sampai air menggelegak di bawah api sederhana dan masukkan ikan 3-4 ekor. Biar sampai menggelegak.

5. Masukkan ajinamoto dan garam. Pastikan ada rasa masam sedikit dan cukup masin ya untuk dimakan.

6. Siap dihidangkan. 

*kalau mahu pedas, boleh letak cili padi merah/hijau seberapa yang anda mahukan selepas semua bahan2 ada dalam lauk tersebut. Kalau Aju suka pedas, dalam 5-6 batang gitu*

*Kalau nak lebih sedap, boleh cuba buat Sambal Parut Kelapa. Jika mahukan resepi ni, boleh komen di bawah :D*

Mudahkan??? Jadi, apa lagi. Cuba lah cara Aju ni. Mudah je. Lauk ni boleh dihidang untuk 2 hari tau~~~

SELAMAT MENCUBA
^^^^^^^^^^^^^^^^^^



Monday, July 2, 2018

Cemburu Dengan Kawan Sendiri


Hai korang ~~~~ ^^

Aju nak tanya korang. Pernah tak korang rasa jeles dengan kawan baik korang sendiri?
Ada bukan? HahaXD Bukan jeles makwe pakwe tu ehh. Takde kene mengena pon.

Okaylah. Aju nak kongsi cerita sikit pasal jeles dengan kawan sendiri.
p/s: Jangan fikir bukan-bukan. Direct word, I'm not homosexual in this story. HahaXD

Peristiwa pertama

Ika (bukan nama sebenar) ni memang rapat dengan Aju. Kalau rapat tu, pergi mana-mana mesti berdua. Orang lain senang je tanya Ika ni, "Aju mana?" Amboi. Mentang-mentang kami berdua, nak cari senang tanya member ni kan. HahaXD

Jeles tu terasa apabila Ika ni mula rapat dengan kawan seorang ni namanya, Nisa (bukan nama sebenar). Maybe sebab posting yang sama atau apa apa sahaja peristiwa berlaku terjadi antara mereka tetiba mereka berdua ni menjadi rapat. I know my Ika ni memang peramah lah juga tapi ni lain. Pernah tau terfikir macam ni."Nisa ni... nak rampas kawan aku ni ke..?" OMG! Rasa tak matang langsung. HahaXD Tapi tu la...adalah juga rasa tersisih bila diorang mula keluar jalan bersama..kekadang Ika ni lupa nak bagitahu dia nak keluar dengan Nisa ni. Diorang ada rahsia yang diuorang taknak kongsi sekali. Apa...Aju ni asing sangat ke atau tak layak jadi kawan Nisa tu? tapi..its okay. Aju Husnuzon kan je. Ika nak berkawan lebih...takkan aku nak halangkan. So, let her be. Aju pun buang jauh2 perasaan jeles ngarut tu kepada cool je. Tarik nafas..hembus.

Peristiwa kedua

Aju ada bestie bernama Ila (bukan nama sebenar). Dah berkawan dengan dia almost 9 years. OMG! lamanya. HahaXD

One day...
Ila ni ada posted gambar kat Ig and gambar Dp kat whatsapp pon tukar dengan seorang kawan dia tu. Time ni rasa geram tu ada gak sebab dia letak gambar dengan orang lain selain kita kan. Memang straight whatsapp Ila ni kata, " Sape dia ni?"

Ila jawap, " Oh..ni kawan sama kelas. Saja letak gambar ni sebab lawa. Nape Aju?"
Aju pun meng-hmmm kan je. Ila gelak katanya, "Jeles eh?"

Aju pun mnegelat dengan mengatankan, "Taklah." Masa ni gelabah cari sebab tapi terkantoi la plak jeles. Ila ni pandai jaga hati Aju. Dia kata, " Aju, dia ni kawan biasa je. Aju is my bestie forever and ever." Aju memang gembira la kan dia kata camtu. Jadi, Aju Husnuzon kan lagi diri ini.

Cerita jeles ni saja untuk berkongsi. Mungkin korang pernah rasa. Kalau pernah, beri komen dan pendapat anda di bawah dan kalau korang sporting, kongsi lah cerita sekali.

-Thanks for reading-




Ada sambungan untuk Tahun 2016. Akan Aju update nanti. Thank you. Love ya.
Cumi Cumi

Awal Pelajar Jururawat

Assalamualaikum w.b.t. Hello! Panggil saya Aju.

Pengalaman Aju ni mungkin tak menarik mana tapi harap anda semua layankan je ye. HahaXD
Masuk ke bidang kejururawatan. Haa..ada yang minat nak jadi jururawat? Baguslah pekerjaan ni banyak pahala dan berbakti pada masyarakat. :)

Mukadimah.....

Arwah mak dulu suka mendoakan anaknya ni menjadi jururawat. Tak sangka sampai ke tahap ni. Alhamdulillah. Tamat pengajian Diploma Kejururawatn di PPUM.

Secara ikhlas dan jujur, hati Aju takde dalam bidang ni. Lagi2 selepas Mak dah meninggal dunia ketika Aju berusia 17 Tahun. Dua minggu sebelum SPM. Anda rasa? Haa...itu la dugaan.

Masa kecil dulu, memang Aju ada cakap yang Aju nak jadi jururawat. Arwah mak pun memang setuju sangat. Cuma, bila kita merawat orang ni perlu banyak bersabar. Maklum lah jiwa muda masa tu. Suka memberontak. Ada saja nak mengelat. Ikutkan sahaja kehendak Mak pun terpaksa. Ampunkan Aju, Mak.

Paling utama lah kenapa tak suka jadi Jururawat ni pun sebab kehidupan Aju ni penuh dengan kehidupan di hospital menjaga Mak ataupu rawat Mak di rumah. Kenangan yang pahit bila diingati. Bila tengok hospital, teringat kenangan dulu. Aju rasa anda semua paham maksud Aju kan?

Baiklah! Kembali kepada tajuk kita. HahahaXD Maklumlah bercerita punya seronok. Mukadimah katakan.

Tahun 2015

Aju pergi temuduga di Wisma R&D (area Menara TM). Ramai juga lah yang pergi temuduga ni. Boleh tahan ramai nak jadi jururawat ni, HahaXD.
Pergi Aras 1 dan ada seorang fasilitator menunjukkan jalan ke satu bilik menunggu. Debaran kian terasa. Duduk2 saje dapat lah berborak dengan rakan2 disebelah. Beratur mengikut no. giliran / nama. Tiba giliran Aju dan 4 orang yang lain. Dah lama nama sama. HahaXD.

Semasa temuduga tu, terdapat lima orang assessor kami berlima dan Aju bingung sekejap sebab baju mereka tak seperti di KKM berwarna putih, biru dan biru tua. Di PPUM, mereka berpakaian, hijau dan hijau tua. Tapi Aju boleh agaklah kalau lebih banyak warna gelap mesti lebih senior dan pangkat yang tinggi. Betul tak?

Aju pon menjawap soalan-soalan yang mereka ajukan dan tak boleh nak "brain" bila seorang daripada mereka mahu kami bercakap bahasa Inggeris. OMG! I dont know what I'm talking about. HahahaXD Memang hancur rasanya. Cuma boleh jawap bila mereka tanya ada pengalaman menjaga orang sakit, Aju jujur jawap "Ya, saya pernah menjaga arwah Mak saya yang mengalami Esopharygeal Cancer selama 7 Tahun". Jujurlah time ni "confident" naik sikit. Alahmdulillah. Semua berjalan lancar temuduganya. Cuma tu la. berdebar-debar nak tahu apa keputusan diterima atau tidak.

Pejam celik pejam celik, keputusan pun keluar.

"Sukacita anda diterima menyambung pengajian Diploma Kejururawatan di PPUM.." (lebih kurang)
Aju baca banyak kali pun macam tak percaya. Suruh minta tolong ayah baca pula. Betul!! Aju diterima masuk belajar. OMG! Alhamdulillah. Melompat weh. Sekian lama mengelombang dalam kehidupan kemurungan kini diterangi cahaya kebahagian. Cewahh!~

Sebelum masuk belajar, dokumen2 perlu disediakan seperti pihak sana mahukan. Lengkap! Wang ringgit perlu disediakan untuk pembayaran yuran kemasukan. Masa Aju perlu bayar dalam bawah RM 400 juga lah. Amggarannya gitu. Masa ni Aju perlu ke Menara Selatan tingkat 13, Bilik Conferens 3 untuk daftar masuk asrama dan pemberian kunci kepada para pelajar.

Kemasukkan bulan 7 dan diberi orientasi selama seminggu. Dugaan masa orientasi adalah bulan puasa. Haa..kena "ragging" dengan senior masa bulan puasa. Tapi kenangan yang menarik dan mencabar mental kami. Aju on kan je, HahaXD

"Ragging" dari senior kami ni takde lah seteruk yang disangkakan. Ada sebab kenapa mereka lakukan macam tu. Contohnya, bangun pukul 4 pagi. Setiap seorang bawa cawan, ubat gigi dan berus gigi. Apa perlu kami buat ada, masing2 perlu berus gigi dan ludah ke tangan kawan depan kami sambil kami mencangkuk. Anda rasa? Menarik tak? HahaXD Aju fikir logik juga kenapa buat macam tu. Kalau tak merasa, takde masalah bila bekerja dalam wad. Kerja memandikan pesakit adalah salah satu sebahagian kerja jururawat jika perlu. Mesti mencuci berak pesakit kena buatkan? Jadi, hanya sekadar meludah, takde apa sangat. Banyak lagi pengalaman dalam wad nanti kami tempuh. Love ours senior. Jadi hormati mereka dan mereka akan hormati kita balik. Mereka akan bantu kita nanti yang junior ni.

Masuk hari Kuliah tiada masalah. Subjek pembelajaran pun okay. Masih boleh difahami dan boleh mencapai pointer yang baik sekiranya anda semua rajin belajar dan fokus dalam kelas. Baik dan hormat dengan pengajar. Berkat ilmu tu. Apa-apa baca doa sebelum belajar. Pasang niat nak belajar bukan untuk borak2 je. Ada masa kita relaks, ada masa kita bermain, ada masa kita serius. Okay kawan-kawan?

Exam untuk Semester ini ada dua iaitu:
Bertulis dan Praktikal.
Bertulis ni sama macam exam masa sekolah dulu. Ada objektif dan subjektif. Manakala, Praktikal ini kita panggil sebagai OSCE dan paling ditakuti sebab markah banyak disini. Setahu saya sebanyak 60% sahaja untuk exam ini. OSCE ni perlukan banyak latihan kemahiran dan perlu fokus pada perkara2 yang boleh mendatangkan potongan markah. Contoh: Kawasan sterile trolley mesti jauh dari badan dalam 15cm. Sekiranya langgar peraturan ini, maka markah akan dipotong atau menjadi KOSONG! Seramkan? Tak perlu risau. Berlatih dan terus berlatih. Mesti lulus punya.
Habis semester 1 dan alhamdulillah pointer lebih dari 3.00.

Subjek semester 1:
Anatomy and physiology I
Fundamental of Nursing I
Communication and Psychology
Pengajian Malaysia
Microbiology and Parasitology
OSCE

Menu Hari Ini: Donut Berinti Coklat/ Keju

Hello korang!~~~ DONUT BERINTI COKLAT/ KEJU Wah wah wah! Bukan makin rancak hari ni Aju. HahaXD Pagi tadi buat Ikan Kembung Sambal ...