Wednesday, July 4, 2018

Menu Hari Ni: Ikan Kembung Masak Sambal Merah

Hello korang!~~~

IKAN KEMBUNG MASAK SAMBAL MERAH



Hari ni Aju dah cuba masak Ikan Kembung Masak Sambal Merah. Haa..Senang je buatnya. 
Mari kita lihat bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN:

1. Ikan kembung - 4 ekor (digoreng) - garam + kunyit.

2. Cili giling - 2-3 sudu besar / Cili kering - 50 batang (Dikisar).

3. Bawang merah - 3-4 biji (Dikisar) , Bawang besar - 1 biji (Dihiris bulat) *Boleh tukar Bawang Hollad*

4. Bawang putih - 4 ulas

5. Minyak masak - 2 cawan (goreng ikan dan untuk tumis sambal).

6. Asam jawa - 1 sudu besar (jadikan air asam jawa) *Jika nak letak* -penambah rasa sambal-

7. Kicap manis - 1-2 sudu besar.*Jika nak letak* -Nampak gelap2 gitu-

8. Garam sedikit,  Ajinamoto (1/4 sudu kecil), Gula (1/2 - 1 sudu besar), Maggi Secukup Rasa (1/4 sudu besar)_kalau nak letak Maggi Secukup Rasa_

9. Air masak - 1 cawan

Seterusnya...apa lagi. Masak la kita ni haaa.

CARA MEMASAK:

1. Masukkan minyak masak dan goreng ikan dulu. Selepas goreng, masukkan ikan-ikan tu ke dalam pinggan. Biarkan minyak masak tu untuk tumis sambal.

2. Cili kering bersama bawang merah (3-4 biji), bawang putih (4 ulas) mesti kisar bersama. Jika gunakan cili giling, hanya perlu kisar bawang-bawang sahaja. Masuk ke dalam mangkuk.

3. Panaskan kuali dan nampak minyak agak panas boleh masukkan bahan-bahan dikisar tersebut ke dalam kuali. Letakkan asam jawa dan kicap. Kacau dulu. Nampak rata baru letak sedikit air (1/2 cawan). Biarkan sambal tu nampak agak kering.(bawah api sederhana besar)

4. Masukkan sedikit air lagi dan masukkan garam, gula, Ajinamoto dan Maggi secukup Rasa*. Gaul dulu dan biarkan sambal tu sehingga nampak kering. (10-15 mins bawah api kecil). Jangan lupa letak bawang yang dipotong hiris bulat ke dalam sambal tu.

5. Selepas siap sambal, tuangkan sambal2 itu ke atas ikan-ikan yang telah digoreng sebelum itu. Siap!

*Kalau nampak minyak terapung atas sambal tu, terpulang kepada anda untuk biarkan atau buangkan sedikit. Kalau Aju, akan buang minyak tu. HeheXD* 

Peace yo!~

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Menu Hari Ini: Donut Berinti Coklat/ Keju

Hello korang!~~~ DONUT BERINTI COKLAT/ KEJU Wah wah wah! Bukan makin rancak hari ni Aju. HahaXD Pagi tadi buat Ikan Kembung Sambal ...